MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, September 26, 2017

KidZania CongreZZ's Caring Project 2017 l

KidZania CongreZZ 2017 Beri Peluang Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Sertai Acara Sukan

Faedah sukan dan permainan kepada kanak-kanak jadi keutamaan Caring Project

Petaling Jaya, 23 September 2017 – KidZania CongreZZ 2017 menerusi acara tahunannya, Caring Project, telah menganjurkan Hari Sukan untuk kanak-kanak daripada Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Lighthouse (Lighthouse). Acara sukan yang mengetengahkan semangat perpaduan itu telah diadakan di Sports Planet Kota Damansara dan disertai oleh ahli KidZania CongreZZ dan kanak-kanak dari rumah kebajikan tersebut. Pelbagai acara sukan, permainan dan aktiviti telah dijalankan untuk peserta yang hadir.

Caring Project merupakan sebuah Tanggungjawab Sosial Korperat oleh ahli CongreZZ KidZania Kuala Lumpur. Pada tahun ini, Caring Project telah memperkenalkan aktivti yang telah diadaptasikan daripada program KidZania SportZ 2017 dengan tujuan untuk menggalakkan semangat kesukanan dan persaingan sihat di kalangan kanak-kanak.

“Program Kidzania SportZ 2017 mendapat sambutan hebat daripada kanak-kanak di KidZania Kuala Lumpur. Namun, kami juga menyedari yang terdapat ramai lagi kanak-kanak di luar sana yang tidak dapat menyertai acara ini, terutamanya kanak-kanak kurang bernasib baik. Jadi, kami bersepakat untuk membawa program ini kepada mereka,” kata ahli CongreZZ, Joshua Zhakaria, 8 tahun.

“Menerusi Caring Project, ahli KidZania CongreZZ diberi tanggungjawab untuk membuat kajian, merancang dan mengatur acara amal. Ia secara tidak langsung mendidik mereka tentang pengurusan masa dan projek. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari nilai saling bantu membantu dan menyumbangkan kemahiran serta masa mereka untuk golongan yang kurang bernasib baik” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

“Saya berbangga dengan ahli CongreZZ kerana memilih ‘sukan’ untuk aktiviti Caring Project tahun ini. Menerusi pengalaman saya, kanak-kanak tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika pengajaran di dalam kelas, tetapi mereka akan lebih peka dan menunjukkan minat yang tinggi apabila bersukan atau melakukan aktiviti,” sambungnya lagi.

Pelbagai acara sukan telah diadakan pada Hari Sukan tersebut, antaranya Zumba, CrossFit, futsal dan “dodgeball”. Aktiviti lain seperti golf mini, memanah, bola jaring dan ping pong mini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli CongreZZ dan kanak-kanak Lighthouse. Di penghujung acara, mereka telah dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh ahli CongreZZ dan Pasukan Artistik KidZania Kuala Lumpur.

KidZania CongreZZ adalah kumpulan yang terdiri daripada 20 orang kanak-kanak berusia daripada 7 hingga 12 tahun, yang dipilih setiap tahun untuk mengawal selia KidZania Kuala Lumpur dan memberi pendapat masing-masing serta diberi peluang untuk membuat keputusan penting. Mereka akan berkumpul setiap tiga bulan dalam setahun untuk membincangkan topik-topik yang bermanfaat seperti media, hiburan, pendidikan dan kesusasteraan. Mereka juga merancang acara dan inisiatif tahunan seperti Caring Project untuk membantu komuniti yang kurang bernasib baik.

Sejak dua tahun lepas, CongreZZ Kids telah menjadi hos dan melawat kanak-kanak kurang bernasib baik daripada dua rumah kebajikan, mengadakan Konsert Amal Mini dan mengadakan program amal di komuniti Orang Asli untuk memberi kanak-kanak pendedahan tentang budaya dan gaya hidup yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439)  dari 9 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Ahad.


**********************************

weekend lepas berpeluang bawa anak2 untuk join & support KidZania CongreZZ's Caring Project 2017. bagi peluang kat mereka untuk bergaul, dan kenal dengan kanak2 dari Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Lighthouse. mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan & turut sama menyertai sukan yang telah di aturkan

seronok tengok adik2 semua, seronok juga tengok anak2 gembira join mcm2 aktiviti antaranya memanah, basketball, futsal, dodge ball, hockey..ni satu pengalaman yang baru bagi anak2...atleast aktiviti ni bagi diorang pendedahan...bergaul dengan kawan2 baru & kenal dengan rakan2 yang kurang bernasib baik









 sama2 berzumba
group photo untuk kenangan




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, August 28, 2017

love your drinks, love coolblog!


kenapa?kenapa saya suka sangat COOLBLOG ni?


COOLBLOG datang dengan pelbagai variasi
minuman pilihan masa kini
rasanya sungguh memikat hati
ianya sangat mudah di dapati
kerana cawangan ada di sana sini
bila dah cuba rasa nak lagi..dan lagi
tak percaya?cubalah sendiri

 kini..biar pun banyak minuman seangkatan 
yang tumbuh bagai cendawan, 
bagi saya yang lain tetap tak boleh lawan
COOLBLOtetap terus jadi pilihan


apa yang saya katakan dengan banyak pilihan?
mari kita saksi kan
saya tunjukkan kepada tuan / puan
tapi tolong jangan gigit komputer saya tahu semua tak tahan
tengok menu yang COOLBLOtawarkan
tarik nafas....dan lepaskan...
dah bersedia?? mari kita mulakan....

LOCAL DESSERT

OREO BLOG


TEA & COFFEE BLOG

HAPPY BLOG

FRUITTI CHOCOLATE

HOT BLOG

OREO SMOOTHIES SERIES




kedatangan di sambut mesra
bila di ajak bergambar masing masing tersenyum gembira
outlet di dato keramat ini baru di buka
hari2 bertapa di sini lah nampaknya


 kalau di tanya apakah minuman kegemaran saya?
sudah tentu orealah jawapannya...



awak rasa ni COOL ke tak COOL??
menikmati COOLBLOG. di dalam pool! 
sila jangan cuba aksi ini di pool kawasan rumah anda...aksi ini sudah mendapat kelulusan dari pihak sekuriti hahahah...di sebabkan saya penggemar COOLBLOG..jadi memang saya tak lepas kan peluang untuk turut sama memeriahkan pertandingan cool selfie contest 2016 anjuran COOLBLOG

ini adalah kenangan terindah saya bersama COOLBLOG.....tak sangka di dalam beribu penyertaan saya salah seorang daripada 7 pemenang, biarpun hanya mendapat hadiah saguhati itu pun sudah cukup bermakna..hadiah berupa wang tunai RM500 

selfie bersama duta COOLBLOG amar baharin & kawan2 yang turut memenangi pertandingan ini














Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!




Wednesday, August 9, 2017

hallo

alahai sian nye blog
lama tak dulik kat dia
bz nk wat camane
banyak benda nk update klw rajin la..hahhaha
nanti la moga roh kerajinan masuk cpt2


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, June 12, 2017

osaka trip : bye bye jepun...

ok last entry pasal jepun...apa lg nak cite eh...ok kita share skit2 la...info2 or cite2 menarik sepanjang kat jepun k...

sepanjang ada kt jepun apa yg kita tengok jepun ni negara yg bersih..........ko xkan jumpe tong sampah kat tepi jalan, kt stetesen keretapi mmg xkan jumpe tong sampah..so apa jadi?bile kita ada sampah bekas2 jajan ke mmg kena sumbat dalam beg...dah sampai apartment baru buang...tu pasal la xde sampah merata2 kt jepun ni...ko sendiri otomatik rasa segan nk buang sampah merata...

tak de jumpa perempuan mengandung sepanjang 6 hari kt jepun ni...and tak de juga jumpa orang yg couple2 pegang2 tangan cium2 kat khalayak ramai..dating2 kat taman memang xde...

negara yg selamat...kita ada cite yg tertinggal wallet, phone, gopro dalam bakul basikal kan...sampai abes aku soping baru teringat keluar2 nengok ada lg barang tu dlm raga basikal...

jarang2 nak nampak motor kat jalan raya....klw ada pon diorg pakai moto besar..xde moto kapcai2 ni...

kat jepun sape ada kereta tu kira kaya la..apa taknya parking kete mahal yang amat..sejam RM40 ko mampu??

orang jepun ni jenis xde nak heran nak peduli kat orang..xde nak rekod2 kejadian pelik2 yang jadi mcm kt malaysia ni skit2 rekod pastu viral..diorang mmg xde masa nak dulik hal oran

public transport esp train mgm sangat efisen..xde nak kena tunggu lama2 mmg sharp & punctual...klw kt malaysia kita ada 6 jenis train lrt star, monorel, putra lrt,mrt, komuter, erl. ket jepun ada 21 jenis train..ko bayangkan mcm rakyat jepun mmg bergantung dengan train je..klw kita kt masjid jamik tu ada 2,3 cabang utk utk exit kt jepun sampai ada 9 cabang exit...klw sesat xtau la ko keluar kat mana...hahaha

klw di tanya kita..nak pegi lagi tak jepun?jawapan kita nakkkkkkkkkkkk..jepun best..tp xnak g osaka lagi la..nak g sapporo plak..orang kata situ cantik lagi2 time winter....insyallah berangan dulu kan..mana tau nanti jadi kenyataan...mcm g jepun ni pon mula2 berangan je dulu..mana nak sangka jadi kenyataan...dari nak g korea nah..allah bagi lagi best dapat g jepun..syukur...klw allah tak izin xde sampai nye kita kat sini



packing2 nk balik..lugage berat 10kg...main tipu masa kat airport sorok beg mmg tak timbang masa kat kaunter check in..jepun straight tau..siap henbeg dia kira skali suh timbang...utk bawa naik kabin mmg xle lebih 7kg
last day bfast br la sempat pegang kuali ngan sudip ala msk telor je pon...nak abeskan stok telor bli kt lawson buat egg wrap tak teringat nk bawa sos cili & kicap...ni pon org kasi sos..pasni klw travel mmg kena bwa sos cili..hahaha
lawson tmpt fav utk bli stok makanan
pagi sebelum checkout sempat lagi naik basikal ronda castle utk kali terakhir


budak2 masuk skolah seme pakai beg sama..tau x kat market berapa harga beg skolah diorang?rm2k duit kita...pastu kan diorg sampai je pintu masuk skolah diorang akan tunduk hormat kt pak guard yg jaga depan pintu sekolah & tunduk hormat kat sekolah sebelum masuk


diorg klw nampak kita nk amek gmbr mmg dia cpt2 lari
shopping last day kt keihan mall...nak bli kasut xde size plak
harga mmg murah dr malaysia
ni punca utama keluar g keihan mall..diah pesan bli beg anello kt sini dalam RM130 bole dapat klw kt malaysia harga RM299


apartment kami
mewah kan teksi dia..maserati tu...



lunch dulu...
aih rindu la tempura diorang..sedap gile...
babai osaka...
ni antara souvenir yg sempat di beli..xde beli apa sgt pon..bli yg mampu milik je haha..souvenir mmg bli kt daiso dapat la serendah 100 yen = rm4 tshirt tu selai RM40 coklat kapal tu sekotak RM4.00 gitu sedap weii

coklat kit kat ni masam
ni mmg coklat fav...sepanjang kt sana mmg keje nye borong coklat ni je kt lawson..di sebabkan semua org pakat bli maka berebut2 la memasing asal msk lawson kdg dpt amek 3 je..yg lain org lain berebut haha..tu psl tiap kali jmpe lawson mmg singgah beli.
souvenir utk mia fridge magnet tu 4 dapat free..sebab tolong makcik kedai tu packing2 haha...
souvenir utk officemate


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...